Assalamualaikum... Pusat Khidmat Prostar Yan(PKP Yan) merupakan sebuah tempat untuk remaja-remaja beriadah. Pkp Yan telah mula beroperasi pada tahun 2006 lagi. Pkp Yan menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua golongan remaja dan belia. sasaran utama Pkp adalah golongan remaja bermasalah. Tujuan Pkp Yan adalah untuk mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja di kawasan ini.
OBJEKTIF AM
Menubuhkan Pusat Khidmat Prostar daerah yan bagi memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat kepada golongan remaja.
OBJEKTIF KHUSUS
1- Menubuhkan Pusat Khidmat Prostar daerah Yan dengan menggunakan konsep pengetahuan berinformasi
2- menyediakan perkhidmatan kaunseling, klinik kesihatan remaja, klinik berhenti merokok, dan kemudahan internet.
3- Menjadi tempat penyampaian maklumat mengenai HIV/AIDS dan maklumat-maklumat kesihatan yang lain.
4- Menggalakan penglibatan remaja dalam segala aktiviti yang berfaedah ke arah mengamalkan gaya hidup sihat.
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment