Saturday, November 14, 2009

PERTANDINGAN FUTSAL PROSTAR DAERAH YAN

Assalamualiakum... pusat pkhidmat prostar kini telah berjaya menyelesaikan satu lagi aktiviti yang telah dirancang dengan jayanya.



















































Tuesday, November 10, 2009

FUTSAL TERBUKA PKP YAN 2009

PKPYAN AKAN MENGADAKAN FUTSAL TERBUKA 2009
TARIKH :14 NOVEMBER 2009(SABTU)
TEMPAT: GELANGGANG FUTSAL DESA KEDA SG, UDANG YAN
MASA: 8.00 PG
JOHAN : RM 300.00
N/ JOHAN:RM 200.00
KETIGA/KEEMPAT:100.00

Friday, October 9, 2009

OUTREACH

Assalamualaikum.. salam prostarian kepada semua yang mengunjungi blogspot pkp yan. Sebelum tu saya memohon maaf kerana lmbat sikit update blog neh.. Maklumlah masih belajar dan sibuk untuk menghadapi peperiksaan.. terima kasih juga kepada 1prostar yang turut mengikut perkembangan pkp yan..

Pada kali ini, aktiviti terbaru yang baru dijalankan pkp yan adalah Outreach di tempat2 beriadah iaitu rekreasi Titi Hayun, Medan Selera Pantai Murni dan di rumah terbuka Majlis Belia daerah Yan. 3 lokasi ini telah dipilih kerana para sukarelawan mendapati banyak kumpulan sasaran yang dikenalpasti bermasalah dan kami cuba untuk menghampiri dan memberi penekanan tentang bahaya HIV/AIDS. Kali ini, wira-wira pkp yan yang mengendalikan aktiviti ini. Dengan pemantauan oleh penyelia pkp yan iaitu En. Zamri, program ini berjaya dijalankan dengan lancar.

REKREASI TITI HAYUN, YAN KEDAH.




























































Wednesday, September 9, 2009

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sunday, September 6, 2009

OUTREACH DI PASARAYA DAN PASAR MALAM

Assalamualaikum.. Pusat Khidmat Prostar Yan telah mengadakan outreach kali yang ketiga pada 3.9.2009 bertempat di pasaraya Aneka Gurun dan pasar malam Sg.Yan. Seramai 10 orang sukarelawan pkp telah menjalankan aktiviti ini.



Semua sukarelawan berkumpul pada jam 4 ptg dan bertolak ke tempat aktiviti. Dengan bertemakan moto Prostar "oleh remaja, melalui remaja, untuk remaja" para sukarelawan cuba mendapatkan golongan remaja bermasalah untuk menerangkan dan membuat post test mengenai HIV/AIDS. Aktiviti ini berakhir pada jam 9 mlm.














Tuesday, August 25, 2009

OUTREACH PKP YAN

Ariney dijalankan outreach pkp Yan bertempat di sekitar kawasan Pusat Khidmat Prostar Yan. Seramai 8 orang sukarelawan pkp yang menjayakan program ini. Selama 5 jam diperuntukkan untuk program ini.

Outreach yang telah dijalankan bertempat di Yan bersempena dengan Simfoni Kemerdekaan peringkat daerah Yan, masjid Sg. Yan bersempena dengan "Diskusi Ramadhan Rakan Muda" dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang.











































Sunday, August 23, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum... Pusat Khidmat Prostar Yan(PKP Yan) merupakan sebuah tempat untuk remaja-remaja beriadah. Pkp Yan telah mula beroperasi pada tahun 2006 lagi. Pkp Yan menyediakan pelbagai kemudahan untuk semua golongan remaja dan belia. sasaran utama Pkp adalah golongan remaja bermasalah. Tujuan Pkp Yan adalah untuk mengurangkan gejala sosial dalam kalangan remaja di kawasan ini.

OBJEKTIF AM

Menubuhkan Pusat Khidmat Prostar daerah yan bagi memberi pendedahan tentang gaya hidup sihat kepada golongan remaja.

OBJEKTIF KHUSUS

1- Menubuhkan Pusat Khidmat Prostar daerah Yan dengan menggunakan konsep pengetahuan berinformasi

2- menyediakan perkhidmatan kaunseling, klinik kesihatan remaja, klinik berhenti merokok, dan kemudahan internet.

3- Menjadi tempat penyampaian maklumat mengenai HIV/AIDS dan maklumat-maklumat kesihatan yang lain.

4- Menggalakan penglibatan remaja dalam segala aktiviti yang berfaedah ke arah mengamalkan gaya hidup sihat.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

JANUARI
–BACAAN YASSIN

FEBRUARI
- LAWATAN PROSTAR UNISEL KE PKP YAN

MAC & APRIL
-KURSUS LATIHAN TIDAK FORMAL PERINGKAT DAERAH YAN
-KURSUS KOMPUTER

MEI
-KLINIK GRAFFITT

OGOS
- KURSUS KOMPUTER BELIA KUALA SG.YAN
& PKP YAN
- OUTREACH SESI 1
SEMPENA SIMFONI KEMERDEKAAN YANG KE 52 (DUN G .CHEMPEDAK )
- OUTRECH SESI 2
- MASJID AL RAHMAN PEKAN SG.YAN
PENGHAYATAN BULAN RAMADAN 2009
- Outreach 3
- Sekolah Menengah kebangsaan Dulang